Tuesday, 30 October 2012
Monday, 29 October 2012
Tuesday, 23 October 2012
Peraturan Sekolah (Guru-guru)
19:37
1. Arahan Am
|
||||||||
1.1
|
Selaku pegawai kerajaan
guru adalah tertakluk segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am
Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga
mematuhi Perintah Am tersebut.
|
|||||||
1.2
|
Guru dan staf sokongan
sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan
dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan arahan Perkhidmatan yang
lain..
|
|||||||
1.3
|
Guru hendaklah
menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata
|
|||||||
1.4
|
Semua guru dan staf
sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
|
|||||||
1.5
|
Guru hendaklah mengamal dan
menghayati Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara.
|
|||||||
1.6
|
Meletakkan kepentingan murid dan
sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
|
|||||||
1.7
|
Bertanggungjawab
menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan
menjaga harta benda sekolah.
|
|||||||
1.8
|
Sentiasa mengamalkan
kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
|
|||||||
2. Kedatangan Guru
|
||||||||
2.1
|
Sampai di sekolah
sekurang-kurangnya lima belas(15) minit sebelum jadual pertama
persekolahan dimulakan dan balik tiga puluh(30) minit selepas jadual
waktu terakhir atau masa yang di-tetapkan oleh Guru Besar mengikut
keadaan semasa.
|
|||||||
2.2
|
Kehadiran masa tiba dan
masa balik hendaklah dicatatkan sendiri dan ditandatangani di dalam
‘Buku Kedatangan Guru’. Kegagalan mencatat kehadiran akan merumitkan
pentadbiran sekolah.
|
|||||||
2.3
|
Jika sekiranya tidak
dapat hadir bertugas kerana sakit, kemalangan atau kecemasan dsbnya,
guru berkenaan hendaklah segera memberitahu Guru Besar dengan apa cara
juga. Jika cuti lebih dari sehari, Buku Rekod Mengajar, buku rujukan,
anak kunci dan surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.
|
|||||||
2.4
|
Jika terlewat sampai ke
sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, hendaklah
berjumpa Guru Besar terlebih dahulu menerangkan sebab kelewatan itu
sebelum memulakan tugas.
|
|||||||
2.5
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
3. Perhimpunan
|
||||||||
3.1
|
Perhimpunan rasmi
murid-murid dan guru-guru diadakan pada tiap-tiap hari Isnin. Semua guru
dikehendaki hadir dan berdiri di hadapan murid-murid atau di kiri kanan
mereka. Tidak dibenarkan ketika ini guru berada di merata tempat atau
makan minum di kantin.
|
|||||||
3.2
|
Guru bertugas pada
minggu berkenaan hendaklah mengendalikan sepenuhnya perhimpunan ini
dengan bantuan murid-murid. Aturcara perhimpunan hendaklah dijalankan
seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984
KP.(BS)8591/Jld.II/(24) bertarikh 14.7.84.
|
|||||||
3.3
|
Semua guru dikehendaki
hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah- Mesyuarat Guru,
mesyuarat agung PIBG, hari sukan sekolah dan hari anugerah sekolah.
|
|||||||
3.4
|
Guru-guru yang didapati
tidak berada di perhimpunan ini akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
4. Buku Rekod
Mengajar
|
||||||||
4.1
|
Semua guru mestilah
menyediakan buku rekod mengajar dengan sempurna dan penuhkan semua
kehendak di dalamnya.
|
|||||||
4.2
|
Buku ini hendaklah
disediakan dalam masa persediaan atau di rumah. Membuat persediaan
dalam bilik darjah adalah ditegah.
|
|||||||
4.3
|
Buku Rekod Mengajar
mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau wakilnya untuk disemak dan
diperiksa selewat-lewatnya pada hari Jumaat pada atau hari akhir minggu
berkenaan.
|
|||||||
4.4
|
Butir-butir dalam buku
rekod hendaklah ditulis dengan teliti, teratur dan sentiasa kemaskini.
|
|||||||
4.5
|
Buku Rekod Mengajar’
adalah dokumen penting sebagai mana kehendak Undang-undang Sekolah (Kursus
Pendidikan) 1956. Serahkan kepada Guru Besar pada akhir tahun untuk
disimpan
|
|||||||
4.6
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
5. Tugas dan
Tanggungjawab Guru
|
||||||||
5.1
|
Guru Kelas
|
|||||||
5.1.1
|
Bertanggungjawab
mengenai disiplin, kebersihan kelas dan murid-muridnya serta mengetahui
tentang diri dan latar belakang mereka
|
|||||||
5.1.2
|
Melaksanakan
tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru Besar atau
kerja-kerja semasa.
|
|||||||
5.1.3
|
Mengambil tindakan
sewajarnya mengenai:
|
|||||||
5.1.3.1
|
Jadual Kedatangan
|
|||||||
5.1.3.2
|
Kutipan yuran/pelbagai
bayaran
|
|||||||
5.1.3.3
|
Buku/Kad Laporan
Kemajuan Pendidikan
|
|||||||
5.1.3.4
|
Buku/Kad Pelaporan
Gerakerja Kokurikulum
|
|||||||
5.1.3.5
|
Kad Riwayat Hidup
(001R)
|
|||||||
5.1.3.6
|
Kad Kesihatan
|
|||||||
5.1.3.7
|
Menyediakan dan
mempamirkan Jadual Waktu Kelas dan Jadual Giliran Murid Bertugas di
dalam kelas.Tentukan tugas murid-murid seperti menyapu, padam papan
hitam, dan menceriakan bilik darjah masing-masing.
|
|||||||
5.1.3.8
|
Melengkapkan menyusun
barang-barang dan alatan dalam kelas supaya dapat menimbulkan suasana
bilik darjah yang sentiasa kemas dan teratur, sesuai sebagai tempat
pengajaran dan pembelajaran.
|
|||||||
5.1.3.9
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
5.2 Guru Khas/Bukan
Guru Kelas
|
||||||||
5.2.1
|
Boleh diarah untuk
menjadi guru kelas sepenuh masa atau mengganti/mengambil alih tugas
sementara kerana ketiadaan guru kelas yang sebenar.
|
|||||||
5.2.2
|
Membantu guru kelas
dalam banyak hal. Guru-guru ini boleh diberi masa yang lebih untuk
mengajar daripada guru-guru kelas.
|
|||||||
5.2.3
|
Bertanggungjawab
sepenuhnya untuk memberi penumpuan kepada pelajaran khas yang diajar
seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Pemulihan dsbnya.
Bilik-bilik khas (jika ada) mestilah dilengkapi dengan alat-alat
mengajar yang kemaskini.
|
|||||||
5.2.4
|
Membuat dan
melaksanakan tangggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh
Guru Besar lebih banyak dari guru-guru kelas.
|
|||||||
5.2.5
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
6.
Jadual waktu dan Masa Mengajar
|
||||||||
6.1
|
Guru hendaklah mengajar
mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan apa yang telah dirancang/ditulis
dalam Buku Rekod Mengajar.
|
|||||||
6.2
|
Guru tidak dibenarkan
mengajar selepas masa yang dihadkan. Pertukaran kelas/guru hendaklah
dijalankan dengan serta merta.
|
|||||||
6.3
|
Semasa seseorang guru
sedang mengajar, guru lain dibenarkan berada di dalam bilik darjah itu
dengan tujuan membantu p&p . Pegawai-pegawai yang datang melawat/
Penolong Kanan/Ketua Panitia dan Guru Besar boleh membuat penyeliaan
|
|||||||
6.4
|
Guru-guru adalah
dilarang :
|
|||||||
6.4.1
|
Menukar masa pengajaran/jadual
waktu tanpa kebenaran Guru Besar.
|
|||||||
6.4.2
|
Berbual-bual dengan
guru lain sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
|
|||||||
6.4.3
|
Duduk di kerusi atau
meja semasa pengajaran dan pembelajaran.
|
|||||||
6.4.4
|
Memeriksa buku rampaian
atau kertas ujian tanpa mempedulikan murid-murid tetapi memeriksa kerja
murid dari seorang keseorang dalam kumpulan kecil adalah dibenarkan.
|
|||||||
6.4.5
|
Membuat persediaan
mengajar atau alatan.
|
|||||||
6.4.6
|
Meninggalkan atau
mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain dengan alasan
mata pelajaran itu tidak penting atau guru itu sendiri tidak berminat.
|
|||||||
6.4.7
|
Meninggalkan atau
mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain dengan alasan
mata pelajaran itu tidak penting atau guru itu sendiri tidak berminat.
|
|||||||
6.4.8
|
Semasa mengajar
Pendidikan Jasmani, guru hendaklah memakai kasut getah dan memakai
pakaian sukan iaitu seluar trek dan baju kemeja T. Guru-guru Pendidikan
Jasmani dikehendaki menukarkan pakaian rasmi mengajar apabila selesai
pengajaran Pendidikan Jasmani.
|
|||||||
6.4.9
|
Jangan membiarkan
murid-murid bersenam/bermain bersendirian di padang tanpa guru ada
bersama-sama. Adalah sesuatu yang dilarang sama sekali guru memberi
arahan dari jauh atau sekadar memerhati sahaja. Risiko yang dihadapi
amat tinggi jika dalam keadaan begini murid-murid mendapat
kemalangan atau kecederaan.
|
|||||||
6.4.10
|
Jika hujan atau padang
tidak dapat digunakan, Pendidikan Jasmani boleh dijalankan dalam dewan (jika
ada) atau di mana-mana kawasan yang sesuai sama ada di dalam atau di
luar bangunan.
|
|||||||
6.4.11
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
7. Masa Tidak
Mengajar
|
||||||||
7.1
|
Masa ini
hendaklah digunakan untuk memeriksa buku-buku rampaian, atau membuat
persediaan/alatan mengajar atau membaca buku-buku rujukan.
|
|||||||
7.2
|
Tidak dibenarkan keluar
dari kawasan sekolah melainkan, ada urusan penting dan mendapat
kebenaran dari Guru Besar.
|
|||||||
7.3
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
8. Jadual Kedatangan |
||||||||
8.1
|
Jadual Kedatangan
adalah dokumen penting sekolah. Guru kelas hendaklah menandakannya
tiap-tiap hari dan dihantar ke pejabat dalam waktu pertama jadual waktu.
Jika Guru kelas bercuti atau berkursus tugas ini diambil alih oleh
Guru penyelaras.
|
|||||||
8.2
|
Cara menulis/mengisi/menanda
semua ruangan hendaklah dipatuhi seperti peraturan yang tercatat dalam
kedatangan itu.
|
|||||||
8.3
|
Jadual kedatangan
mestilah ditulis dengan dakwat biru atau hitam yang kekal. Jangan
gunakan dakwat merah atau hijau.
|
|||||||
8.4
|
Kesalahan dalam jadual
kedatangan hendaklah dipotong dengan terang, dibetulkan dengan menulis
semula dan ditandatangani ringkas oleh guru berkenaan. Sebarang jenis
pemadam tidak dibenarkan untuk membetulkan kesalahan.
|
|||||||
8.5
|
Tidak dibenarkan
memotong atau memasukkan nama murid tanpa pengetahuan atau arahan dari
Guru Besar.
|
|||||||
8.6
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
Peringatan:
|
||||||||
Jadual Kedatangan
adalah dokumen sekolah yang mesti dihantar dan dikehendaki oleh pihak
Audit Sekolah-Sekolah untuk diperiksa tiap-tiap tahun. Guru Besar berhak
mengarahkan guru-guru yang melakukan kesilapan dalam buku kedatangan
UNTUK MENULIS SEMULA DALAM BUKU BARU.
|
||||||||
9. Kemalangan dan
Keuzuran Murid
|
||||||||
9.1
|
Murid-murid yang
didapati sakit atau kemalangan, guru kelas atau guru yang bertugas pada
minggu itu hendaklah segera berhubung dengan ibu bapa/penjaga murid
berkenaan dan menghantar murid ke Hospital.
|
|||||||
9.2
|
Murid sakit/mendapat
kemalangan yang perlu dihantar balik ke rumah atau ke klinik/hospital
hendaklah direkodkan dalam Buku Laporan Guru Bertugas.
|
|||||||
9.3
|
Guru kelas sepatutnya
tahu sebab-sebab murid kelasnya tidak hadir. Murid yang tidak hadir
selama tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebarang maklumat hendaklah
dilaporkan kepada Guru Besar. Satu surat peringatan ‘Tidak Hadir’ akan
dikirimkan kepada ibubapa/penjaga oleh guru kelas tersebut.
|
|||||||
9.4
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
10. Mengutip Wang
dan Pembelian Buku
|
||||||||
10.1
|
Guru-guru tidak
dibenarkan mengutip wang dari murid-murid tanpa arahan atau kebenaran
bertulis dari Guru Besar.
|
|||||||
10.2
|
Murid-murid tidak boleh
diarah/dipaksa untuk membeli buku-buku panduan, buku kerja, buku bacaan
tambahan dsbnya sebelum mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.
|
|||||||
10.3
|
Sebarang kutipan wang/yuran
sekolah hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada Guru Besar. Resit
resmi sekolah hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang
menjelaskan yuran.
|
|||||||
10.4
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis
|
|||||||
11. Buku Rujukan
Guru
|
||||||||
11.1
|
Buku-buku rujukan/risalah-risalah
hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan semula pada hujung tahun
atau apabila bertukar. Jika hilang, hendaklah diganti.
|
|||||||
11.3
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
12. Buku Latihan /
Rampaian, Ujian dan Penilaian
|
||||||||
12.1
|
Semua kerja latihan,
ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah diperiksa
segera selepas diajar atau dijalankan.
|
|||||||
12.2
|
Latihan hendaklah
diberi tiap-tiap hari/selalu dan ujian topikal mengikut keperluan p&p
untuk mengetahui tahap pencapaian/prestasi murid-murid. Semua kertas
ujian mestilah dimasukkan ke dalam fail prestasi tiap-tiap murid.
|
|||||||
12.3
|
Guru Besar/Penolong
Kanan dan ketua Panitia akan memeriksa buku-buku rampaian/latihan dan
buku kerja murid-murid sebanyak enam (5) buah ATAU bilangan yang diambil
secara rawak. Begitu juga fail prestasi murid.
|
|||||||
12.4
|
Slip Laporan Kemajuan
Prestasi p-p Murid hendaklah dipenuhi tiap-tiap kali ujian bulanan,
pertengahan tahun dan akhir tahun sebagai ukuran penilaian yang tepat,
hasil dari penilaian/peperiksaan yang diberi. Satu salinan slip laporan
hendaklah difailkan dan diserahkan kepada Guru Besar untuk
ditandatangani dan disimpan di pejabat sekolah.
|
|||||||
12.5
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
13. Guru Bertugas
|
||||||||
13.1
|
Guru bertugas akan
ditetapkan mengikut tugas mingguan bagi sekumpulan guru. Masa bertugas
ialah sepanjang masa persekolahan hari iaitu dari 7.15 pagi hingga 2.15
petang.
|
|||||||
13.2
|
Bertanggungjawab
mengawasi semua hal mengenai murid-murid dan mempastikan supaya mereka
mematuhi peraturan sekolah.
|
|||||||
13.3
|
Menulis catatan ke
dalam “Buku Laporan Guru Bertugas”segala yang berlaku pada hari
berkenaan termasuk topik-topik lain yang perlu perhatian seperti
perhimpunan, kebersihan, kantin, tandas dsbnya.
|
|||||||
13.4
|
Kumpulan guru bertugas
yang terdiri dari guru-guru subjek dikehendaki melengkap dan menceriakan
papan kenyataan yang telah ditetapkan dengan bahan-bahan yang berfaedah
untuk panduan murid-murid
|
|||||||
13.5
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
14. Gerakerja
Kokurikulum
|
||||||||
14.1
|
Semua murid dan guru
diwajibkan memakai pakaian seragam pada hari rabu. Gerakerja ini
dijalankan pada hari rabu jam 1.10 -2.10(Gerakerja A) dan di sebelah
petang khamis jam 4.00-5.30(Gerakerja B & C). Jika hari berkenaan cuti
ia akan dijalankan pada hari berikutnya. Guru yang terlibat hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya tentang kehadiran dan keselamatan
murid-murid serta peralatan yang digunakan.
|
|||||||
14.2
|
Pastikan kegiatan yang
dibuat dijalankan dengan penuh minat,bersungguh-sungguh dan mencapai
tahap kemajuan/prestasi yang boleh dibanggakan.
|
|||||||
14.3
|
Semua guru-guru adalah
diwajibkan hadir, giliran tidak dibenarkan.Bertanggungjawab menyediakan/membuat
laporan mengenai kegiatannya apabila dikehendaki oleh Guru Besar.
|
|||||||
14.5
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
15. Peraturan
Pejabat
|
||||||||
15.1
|
Guru-guru adalah
ditegah mengambil fail-fail, atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa
izin Guru Besar. Walaubagaimanapun surat penting untuk tindakan guru
berkenaan boleh difotostat dengan syarat terlebih dahulu memberitahu
ketua kerani sekolah dan direkodkan ke dalam “Buku”. Tindakan yang perlu
mestilah dijalankan dengan kemas dan memuaskan mengikut tarikh yang
dikehendaki selesai.
|
|||||||
15.2
|
Guru-guru adalah
dilarang :
|
|||||||
15.2.1
|
Membaca surat-surat
yang berada di atas meja Guru Besar, Penolong Kanan atau Kerani.
|
|||||||
15.2.2
|
Mengambil/membaca “Buku
Diari Sekolah” melainkan dengan izin Guru Besar atau Penolongnya.
|
|||||||
15.2.3
|
Mengambil/menulis
buku-buku stok kecuali guru berkenaan yang dipertanggungjawabkan.
|
|||||||
15.2.4
|
Berbual-bual atau
membuat kerja di pejabat yang tidak ada kaitan dengan urusan sekolah
atau perjawatan.
|
|||||||
15.2.5
|
Mengarahkan kakitangan
pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Guru Besar atau
Penolong Kanan.
|
|||||||
15.2.6
|
Menggunakan talipon
pejabat untuk tujuan peribadi.
|
|||||||
15.2.7
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
16. Keselamatan
Harta Benda Sekolah.
|
||||||||
16.1
|
Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda
sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa
kepengetahuan pihak sekolah.
|
|||||||
16.2
|
Ketua Panitia hendaklah mempastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan bilik-bilik khas seperti bilik makmal sains, bengkel KH,
bilik SAL, bilik matematik, PSS, bilik pemulihan, makmal komputer, surau,
bilik muzik, bilik pend seni dan bilik-bilik khas yang lain
|
|||||||
16.3
|
Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat, ini adalah termasuk
kunci-kunci yang dipenduakan oleh guru-guru Jika guru-guru hendak
menyimpan kunci pendua untuk bilik-bilik tertentu, kebenaran bertulis
dari Guru Besar hendak diperolehi. Guru tersebut adalah bertanggungjawab
terhadap bilik berkenaan.
|
|||||||
16.4
|
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan
guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
17. Kebersihan |
||||||||
17.1
|
Setiap guru
bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas. Jadual giliran tugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan hendaklah
digunakan rapi dan disimpan dengan selamat.
|
|||||||
17.2
|
Ketua Panitia, guru
bilik khas dan guru-guru yang menggunakannya bertanggungjawab menjaga
bilik tersebut.
|
|||||||
17.3
|
Kebersihan kawasan
sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
pelajar-pelajar.
|
|||||||
17.4
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
18. Surat-menyurat
|
||||||||
18.1
|
Semua surat rasmi
hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.
|
|||||||
18.2
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
19. Surat yang
diterima
|
||||||||
19.1
|
Surat yang diterima
oleh pihak sekolah yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil tindakan
dengan kadar segera.
|
|||||||
19.2
|
Jika surat itu dituju
kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar,
surat itu bolehlah disimpannya sendiri setelah diambil tindakan
.
|
|||||||
19.3
|
Jika surat itu
ditujukan kepada Guru Besar, surat itu akan diedarkan kepada guru
berkenaan , maka tindakan berikut hendaklah diambil:
|
|||||||
19.4
|
Mengambil salinan surat
itu dari fail pejabat.
|
|||||||
19.5
|
Mengambil tindakan yang
diperlukan.
|
|||||||
19.6
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
20. Pergi Ke PPD
dan JPN
|
||||||||
20.1
|
Guru-guru tidak digalakkan ke PPD atau JPN tanpa surat rasmi dari Guru
Besar
|
|||||||
21. Cuti
|
||||||||
21.1
|
Cuti rehat/Cuti penggal
Mengikut Surat
Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/A/(30) Bertarikh 24
Disember1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru
Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
|
|||||||
21.2
|
Cuti sakit.
|
|||||||
21.2.1
|
Sijil sakit yang
dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
|
|||||||
21.2.2
|
Cuti sakit yang
dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam
setahun.
|
|||||||
21.2.3
|
Cuti sakit yang
melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
untuk menentukan pembayaran gaji.
|
|||||||
21.3
|
Cuti tanpa gaji
|
|||||||
21.3.1
|
Mengikut Perintah Am
Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh di pohon diatas sebab-sebab persendirian
yang mustahak.
|
|||||||
21.3.2
|
Cuti Tanpa gaji
daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua
cuti rehatnya.
|
|||||||
21.3.3
|
Kelayakan Cuti Tanpa
Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak
melebihi 180 hari.
|
|||||||
21.3.4
|
Cuti Tanpa Gaji untuk
tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
|
|||||||
21.3.5
|
Kelulusan Cuti Tanpa
gaji yang tidak melebehi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan
Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
|
|||||||
21.4
|
Cuti Sambilan
|
|||||||
21.4.1
|
Cuti sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
|
|||||||
21.4.2
|
Cuti ini boleh
diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara
agama bagi tempoh 7 hari dalam setahun.
|
|||||||
21.5
|
Cuti Keluar Negeri
|
|||||||
21.5.1
|
Semua guru yang hendak
bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan Jabatan. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum
tarikh bercuti.
|
|||||||
21.5.2
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
22. Pakaian
|
||||||||
22.1
|
Guru hendaklah
berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
|
|||||||
22.2
|
Pakaian berbentuk
seluar dan baju yang merupakan pakaian Negara lain tidak dibenarkan bagi
guru perempuan
|
|||||||
22.3
|
Guru lelaki dikehendaki
mempunyai potongan rambut yang sesuai.
|
|||||||
22.4
|
Guru yang mengajar
Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.Guru
Perempuan: seluar trek,kemeja sukan,baju trek,kasut sukan atau getah
tanpa tumit. Guru lelaki: Seluar trek /seluar panjang yang sesuai,
kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa
tumit)
|
|||||||
22.5
|
Pada setiap hari Khamis
semua guru diwajibkan memakai baju batik. Pada hari Jumaat semua guru
lelaki digalakkan memakai pakaian baju melayu lengkap. Pada hari Isnin
semasa perhimpunan pagi semua guru lelaki dikehendaki memakai ‘blazer’
atau ‘kot’ dan bertali leher
|
|||||||
22.6
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
23. Perhubungan
sesama guru.
|
||||||||
23.1
|
Guru sewajarnya memupuk
hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan
sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat
mewujudkan perasaan kekitaan.
|
|||||||
23.2
|
Guru tidak dibenarkan
mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada
guru atau pun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
|
|||||||
23.3
|
Perhubungan yang
berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali
wujud di sekolah.
|
|||||||
23.4
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
24. Bilik Guru.
|
||||||||
24.1
|
Kebersihan dan
keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk
keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
|
|||||||
24.2
|
Guru hendaklah berada
di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.Masa ini dianggap sebagai
“non-teaching period” bukannya “free period”. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
|
|||||||
24.5
|
Guru tidak digalakkan
membenarkan pelajar berada di bilik guru.
|
|||||||
24.6
|
Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama
bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu
ketenteraman mana-mana pihak.
|
|||||||
24.7
|
Kegagalan mematuhi
arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
25. Perjawatan
dan
pengajaran.
|
||||||||
25.1
|
Jikalau guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
|
|||||||
25.2
|
Guru yang menghadapi masalah di bidang
pengajaran boleh lah berurusan dengan Guru Ketua panitia, Guru Cemerlang
atau Penolong Kanan atau GURU BESAR.
|
|||||||
26. Tugas.
|
||||||||
26.1
|
Guru akan diberikan tugas-tugas kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran.
Mereka melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.
|
|||||||
26.2
|
Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/
arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN/ PPD atau ke sekolah
lain guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan
tidak boleh mengarah guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru
Besar. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas
persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Guru
Besar. Semua bahan-bahan mesyuarat/kursus hendaklah disampaikan kepada
GURU BESAR untuk simpanan pihak sekolah.
|
|||||||
26.3
|
Kegagalan
mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran
bertulis.
|
|||||||
27. Pelawat.
|
||||||||
27.1
|
Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar/
Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru-guru tidak dibenarkan berbincang
dengan wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru
Besar.
|
|||||||
27. Membeli Barang
|
||||||||
27.1
|
Guru yang hendak membeli barang mesti memohon
kebenaran dengan menggunakan borang cadangan pembelian yang diperolehi
dari pejabat.
|
|||||||
27.2
|
Borang itu hendaklah disahkan oleh Ketua Panitia/
Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
|
|||||||
27.3
|
Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan
Tempatan.
|
|||||||
27.4
|
Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang
menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
|
|||||||
27.5
|
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
28. Mesyuarat Guru.
|
||||||||
28.1
|
Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat
guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
|
|||||||
28.2
|
Guru-guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang
dipanggil oleh Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia.
|
|||||||
28.3
|
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru
berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
29. Buku Stok dan
Inventori.
|
||||||||
29.1
|
Guru Penolong Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru
bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan
maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
sentiasa kemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru
Besar/ Penolong Kanan.
|
|||||||
29.2
|
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru
berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
30. Tanda Nama.
|
||||||||
30.1
|
Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan, majlis rasmi di sekolah.
|
|||||||
30.2
|
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru
berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
31. Keahlian Kelab Guru/
PIBG.
|
||||||||
31.1
|
Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru
dan PIBG sekolah.
|
|||||||
31.2
|
Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan
mesyuarat.
|
|||||||
31.3
|
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru
berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
32. Penggunaan Alat-Alat.
|
||||||||
32.1
|
Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut
peraturan.
|
|||||||
32.2
|
Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua
bahagian atau Penjaga stok.
|
|||||||
32.3
|
Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik
dan memulangkannya kembali dengan segera dalam keadaan yang baik.
|
|||||||
32.4
|
Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.
|
|||||||
32.5
|
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru
berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
|||||||
33. Arahan Dan Pekeliling.
|
||||||||
33.1
|
Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh
Guru Besar hendak dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani
selepas membacanya.
|
|||||||
33.2
|
Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus,
guru hendaklah menyimpannya dalam fail khas guru sendiri.
|
|||||||
33.3
|
Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan
Pendidikan/PPD guru hendaklah mengembalikannya segera ke pejabat sekolah
setelah tindakan diambil.
|
|||||||
33.4
|
Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru
berkenaan akan diberi amaran bertulis.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)