Guru-guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh dengan rasa penuh takzim dan keyakinan diri memberi pengakuan :
1. bahawa kanak-kanak di sekolah ini akan sentiasa diberi peluang yang sama tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.
2. cuba mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang berterusan.
3. menguruskan kerja dengan cekap, pantas, dan bijaksana dengan mengamalkan ciri-ciri kerja yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
4. sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan (murid, masyarakat dan negara) dengan berusaha menentukan agar keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah dan Wawasan Pendidikan Negara